“Assalamualaikum nak, mak cik nak mendaftar boleh?” tanya seorang makcik yang ternyata begitu tua.
“Err... makcik isi borang ni dulu. Nanti kita akan panggil makcik untuk interview.” Terasa menggigil seluruh badannya ketika menghulurkan borang tersebut.
“Nenek ni fius otak dia elok ke tak? Dia tak perasan ke perbezaan umur dia dengan Qhabel. Jauh gila kot!” Kutuk Mikael dalam hati tanpa sedar.
“Ini dia borang makcik.” Hulur nenek itu bersama sebatang pen.
“Nama makcik ialah Jenab binti Yusuf. Betul?” tanya Mikael pura-pura mempamerkan riak mesra.
“Eh, janganlah panggil makcik Jenab, panggil makcik... Julia.” beritahu nenek itu malu-malu. Tak padan dengan tua bangka!
“Astaghfirullah... kembang tekak aku!” kutuk Mikael lagi dalam hati. Banyak betul dosanya mengutuk nenek itu.
“Okey... err... Julia sila masuk Bilik A, ya?” Teragak-agak Mikael mahu menyebut nama Julia. Keras pula rasa lidahnya ketika itu.
“Terima kasih, nak.” Nenek itu berlalu dengan lenggok yang begitu mengghairahkan. Mata Mikael melirik ke arah kasut yang dipakainya. Mak oi, stiletto kuning!
“Peserta last is on the way.”
“Roger.”
“Assalamualaikum.” Muncul kepala seorang wanita tua dari tepi pintu.
Senyap.
Kedengaran hanya bunyi kipas berpusing di siling.
“Err... waalaikumsalam, silakan duduk makcik.”
“Anak-anak apa khabar? Sihat?” Julia meletakkan handbag Pradanya di atas meja. Sesekali rambut soft wavynya dibelai lembut. Terserlah kegedikannya yang ternyata kurang sesuai bagi umur yang sudah lanjut sepertinya itu.
“Kami err... sihat. Makcik ni... bujang lagi ke?” Tengku Avian memandang Julia dengan perasaan ngeri. Bibir keringnya yang berlipstick merah menyala itu begitu menarik perhatian.
“Makcik bujang lagi... Tak ada siapa nak kat makcik sebab tu lah masih belum berpunya. Hihihi!” keluh Julia sambil menayangkan gigi emas. Kecil besar mata Tengku Avian melihatnya. Mata Thaqiff Omar berasa silau apabila gigi emas itu bersinar dan bergemerlapan. Sungguh menakjubkan!
“Hmm, makcik nak tanya boleh? Kenapa Tengku pakai mask? Selsema ke?” pertanyaan yang diajukan Julia ternyata membuatkan Tengku Avian kurang selesa.
“Ke Tengku malu dengan makcik? Maklumlah, makcik ni kan awet muda! Ramai juga yang nak masuk line tapi makcik buat tak tahu sahaja. Tapi kalau Tengku... hmm makcik on je!” Tengku Avian memandangnya jelik tak ubah seperti melihat beruk sedang menari ballet dengan pink tutu!
“Ya Allah, kuatkanlah iman aku untuk menghadapi makhluk ciptaanMu ini!” doa Tengku Avian dalam hati apabila Julia mengenyitkan mata berkedutnya.
“Umur makcik sekarang berapa?” giliran Thaqiff Omar pula menanyakan soalan. Cermin mata hitam segera dipakai kerana tidak mampu menahan silau dari gigi emas itu.
“69 going to 70. Sweet 70 gitu!” kali ini matanya pula dikelip-kelip beberapa kali. Apa kejadahnya orang tua ni? Buang tabiat agaknya.
“Okay... jadi bagaimana makcik boleh terfikir untuk datang ke program ni?” Tengku Avian menarik senyum. Geli hatinya melihat Julia.
“Makcik sebenarnya dah jumpa prince charming makcik! Sebab tu makcik datang ke sini.” Ujarnya lagi lalu menayangkan gigi emasnya. Hampir tertutup mata Tengku Avian melawan kesilauan gigi emas itu.
“Maksud mak cik Qhabel ke?” Tengku Avian mencapai cermin mata hitam yang dihulur oleh Thaqiff Omar dari bawah meja.
“Hah, betul lah! Si Qhabel. Makcik ada terjumpa dia masa kat IOI Mall haritu. Makcik tak sangka dia nampak begitu kacak bila jumpa depan-depan.” Kipas di tangan dikipas-kipas padahal bilik sudah berhawa dingin.
“Oh... macam tu.” Ujar Thaqiff Omar dengan muka innocent. Hatinya sudah menyumpah seranah apabila kakinya ditendang lembut oleh Julia. Sabar Thaqiff... Sabar... Kalau ikutkan hati nak sahaja aku tendang balik biar sampai patah riuk tulang tua kerepot kau tu!
“Aku rasa perempuan tua tak tahu malu ni penyebab Mikael break up dengan Saza.” Bisik Thaqiff Omar kepada Tengku Avian.
“Belum tentu lagi.” Jawab Tengku Avian apabila dapat menghidu faktor perpisahan antara Mikael dan Saza.
“Makcik pergi IOI Mall tu bila?” tanya Tengku Avian serius.
“Ada dalam 3-4 hari yang lepas. Makcik tak berapa ingat harinya.” Ucap Julia seperti cuba mengingati kembali.
“See, I told you.” Bisik Thaqiff Omar. Tengku Avian menjeling tajam.
“Mana kau tahu nenek ni puncanya? Entah-entah orang lain! Mana boleh tuduh melulu sahaja!”
“Dah tu?”
“Kita nak ambil ke tidak nenek ni?” tanya Tengku Avian secara senyap-senyap. Matanya melirik ke arah Julia takut sekiranya dia terdengar.
“Gila ke? Nenek tua ganyut ni kita nak ambil? Qhabel tu anak Dato’ Zaman. Dato’ Zaman takkan mahu menantu macam ni! Dahlah tua ganyut, tak sedar diri!” ternyata segala kata-kata lelaki itu berjaya sampai ke pendengaran Julia. Panas sungguh rasa hatinya ketika itu! Namun berjaya ditahan daripada meletus.
“Shhh!” Tingkah Tengku Avian.
“Maaflah makcik. Kami tidak dapat menerima makcik. Makcik dah terlebih had umur bagi program ni.” Beritahu Thaqiff Omar bernada sarkastik.
“Makcik tengok iklan tadi tak ada had umur pun untuk masuk ke program ni?” Julia sudah memegang dada.
“Betul. Tapi, cuba makcik bayangkan lelaki umur 27 tahun dengan perempuan umur 69 tahun berpasangan? Tak ke pelik namanya tu. Kami di sini mahukan yang muda dan masih kuat fizikalnya untuk sertai game yang akan kami anjurkan. Tapi, makcik...”
PAP!
“No way! I am going to join in this programme no matter what! You cannot make me miss my only chance to be together with my Prince Charming!”
Nada menggedik sudah bertukar kepada nada tegas-macam-guru-disiplin-yang-nak-telan-orang. Tangannya menepuk kuat meja. Tengku Avian dan Thaqiff Omar pula yang memegang dada. Kus semangat jantan mak!
Masing-masing menelan air liur yang terasa kesat.
“Sorry, we cannot help you. Kami tidak mahu perkara buruk berlaku sekiranya kami benarkan makcik masuk ke program ni. Sebahagian daripada permainan tersebut merupakna aktiviti lasak. Jadi...” Tengku Avian cuba menenangkan Julia. Mata Julia yang memandangnya tajam menikam menaikkan bulu romanya. Sungguh menyeramkan!
“Tengku Avian, I came all the way here from Perlis! Perlis tu bukannya jauh, tahu tak?” sekali dengar macam omputeh pekik kat sebelah telinga! Dua kali dengar macam nenek tengah nak belajar English!
“Saya tahu. Tapi...” Julia nampaknya membiasakan dirinya dengan panggilan I.
“Kalau tak, I akan bunuh diri!”
Ayat itu ternyata merenjatkan seluruh urat nadi mereka seperti bom nuklear yang jatuh ke bandar Hiroshima! Wajah Julia dengan mata terbeliak itu menggambarkan keinginannya yang begitu mendalam untuk memasuki program tersebut. Satu perkataan bermain-main di minda.
Gila.
.................................................................................................................................
“Hari ini para peserta bakal menghadapi cabaran demi merebut jejaka Prince Charming! Siapakah mereka? Mari kita perkenalkan 10 orang wanita yang telah berjaya melepasi sesi interview tempoh hari!” suara pengacara itu bergema di atas pentas. Para penonton di bawah sudah bersorak penuh kegembiraan.
“Kumpulan A! Dipersilakan Ro!”
Seorang wanita yang agak matang keluar dengan berbaju kurung moden. Langkahnya penuh berkeyakinan semasa berjalan di atas pentas.
“Peserta kedua, Mirza!”
Seorang gadis bertudung litup keluar dari belakang menuju ke hadapan. Lemah lembut gayanya dan penuh keayuan. Ternyata para peserta sememangnya mantap belaka!
“Peserta ketiga, Bad!”
Seorang gadis berambut blond tampil menawan apabila menggayakan sepasang baju kebaya nyonya. Semua penonton bersorak dengan lebih kuat.
“Peserta keempat, Dira!”
Gadis itu berjalan lenggang lenggok dengan mata yang menggoda. Bibirnya dicalit lipstick fluorescent red. Gaya retro gitu!
“Peserta kelima, Intan!”
Gadis anggun menawan itu ternyata menarik perhatian para penonton. Baju kebayanya yang begitu ketat mengikut bentuk badan itu berjaya membuatkan suasana begitu gamat. Rambutnya pula disanggul kemas sesuai dengan tema tradisionalnya.
“Sekarang kita beralih pula ke Kumpulan B! Dipersilakan Mimi!”
Catwalk gadis kelahiran Kedah itu berjaya menarik perhatian orang ramai. Rambutnya yang diwarnakan dengan Midnight Blue dibelai lembut. Kasut high heel berbunyi semasa dia melangkah penuh bergaya di atas pentas.
“Peserta ketujuh, dipersilakan Adlina!”
Kali ini, seorang lagi gadis bertudung litup muncul di atas pentas. Gayanya nampak seperti wanita anggun apabila dia memakai baju muslimah Ana Muslim. Malah, mukanya amat comel seperti anak patung.
“Peserta kelapan, Baby!”
Gadis itu pula mengejutkan orang ramai. Dia melangkah ke hadapan pentas dengan gaya seorang lelaki. Potongan rambut boy cut beserta fringe menutup mata telah disesuaikan dengan cekak berbunga. Warna auburn dikenakan sebagai highlight pada rambutnya.
“Peserta kesembilan, Husna!”
Gadis yang berbaju cheongsam ungu itu melambai-lambai ke arah penonton. Tidak ubah seperti Miss Universe! Rambut kerinting halusnya diwarnakan dengan warna brunette. Sekali tengok wajahnya tidak ubah seperti Selena Gomez tetapi versi Melayu.
“Dan yang terakhir sekali peserta kita yang kesepuluh, Julia!”
Sorakan gamat tiba-tiba bertukar senyap. Seorang peserta yang agak berumur ataupun dengan kata lain sudah tua bangka melangkah penuh kegedikan. Sesekali dia tanpa segan silu memberi flying kiss kepada penonton. Cukup membuatkan mereka berasa menyampah.
“Jadi, untuk game yang pertama, kita akan mengadakan The Chicken Fight! Game ini bertujuan untuk melihat sejauh mana para peserta kita dapat bertahan untuk berdiri dengan hanya satu kaki! Mari kita mulakan dengan Kumpulan A!”
Para peserta sudah berkumpul dengan memakai pakaian sukan masing-masing. Mereka nampaknya sudah bersedia untuk memulakan pertandingan. Kaki sebelah telah diangkat dan bunyi wisel telah pun ditiup.
“Get set, go!”
Ro melompat-lompat menghampiri pesaingnya seraya cuba melanggar salah seorang peserta. Mirza yang agak kekok dan kurang keseimbangan hampir sahaja jatuh. Manakala, Bad sedang cuba untuk menolak Mirza. Intan dengan penuh keyakinan menolak Mirza dengan kasar membuatkan gadis itu jatuh terjelepok seperti nangka busuk! Penonton bersorak dengan lebih gamat nampaknya. Ro yang masih kuat melompat-lompat menghampiri pula ke arah Dira. Dira dengan penuh bersemangat cuba mejatuhkannya. Manakala, Intan cuba untuk menolak Bad dengan kasar namun tidak berhasil. Gadis itu amat pandai mengimbangi diri!
“Hei, perempuan! Agak-agak lah nak tolak kasar pun!” jerit Bad sedikit kurang senang dengan cara permainan gadis itu.
“Nasib kau lah!” balasnya lalu menolak Bad dengan lututnya itu. Bad berasa sangat geram lantas melompat menjauhinya. Ro akhirnya berjaya menolak Dira sehingga terjatuh membuatkan penonton kembali bersorak.
“Masa sudah pun tamat! Para pemenangnya ialah Ro, Bad dan Intan!”
Gadis-gadis itu melompat penuh kegembiraan di atas kejayaan mereka seraya kembali semula ke belakang pentas. Para peserta kumpulan B sudah bersedia dengan berdiri dengan kaki sebelah.
“Sekarang, mari kita teruskan dengan Kumpulan B! 1, 2 go!”
Husna melompat ke arah Adlina lantas cuba menolaknya menggunakan lutut. Adlina mengelak lalu terlanggar Mimi membuatkan gadis itu hilang keseimbangan. Mimi membalas balik dengan menolak Husna namun tidak berjaya. Nampaknya Husna begitu pandai bermain! Secara tiba-tiba muncul Julia yang cuba menolak Adlina, hampir sahaja membuatnya terjatuh.
Tidak disangka, nenek itu mempunyai kaki yang sangat kuat. Apabila Julia menolak Mimi ternyata gadis itu terus hilang keseimbangan lantas terjatuh! Penonton berasa terkejut melihat kekuatan Julia. Baby yang sememangnya seorang gadis lasak mencuba nasib dengan menolak Julia tetapi tidak membuahkan hasil. Malah, nenek tersebut terus-terusan menjatuhkan pesaingnya iaitu Adlina dengan senang. Bertambah lagi diameter mulut para penonton melihatnya.
“Yes, yes, yes!” jerit Julia terlebih gembira apabila pengacara mengumumkan nama para pemenang.
“Pemenangnya ialah Julia, Baby dan Husna!!!”
No comments:
Post a Comment