cikiperrrrrrrit ! |
Lamanya tak update blog kan ? Hari ni pun baru ada masa nak hack balik blog aku ni #keluartanduk. Okay, weekend ni aku tak pergi mana-mana kot . Sebab cuti yang lama ni
nghee ! |
Masa movie tu start, aku tengah siapkan presentation BM aku . Tapi, sebab dia ada aku bantai je lah tengok sampai habis . Takpe, minggu depan ada lagi .... yeahh ^^ Okay, tutup cerita pasal dia .
Siapa tahu form 3 tahun kitorang teramatlah seksa best !
Guru : Baiklah , para pelajar . Kelas kamu tamat pada pukul 4.30 petang.
Pelajar : #kecohkecoh
Guru : Hari sabtu nanti kita akan ada Sinar Sabtu ye ?
Pelajar : #haruu
Then , malam pula homework bertimbun bagai nak rak . Sebab form 3 cikgu nak habiskan syllabus lajulaju sebelum bulan 6 . Selepas tu kitorang nak revise , retain and recall balik sampai lah bulan 10 . Time tu dah nak kena PMR :/ Selesai PMR , penyelaras kitorang dah kata :
Penyelaras : Tahun ni aktiviti kita lepas pmr akan lebih gempak daripada tahun lepas . Tapi , saya nak kamu janji dengan saya kamu focus on your study , beri perhatian dengan apa yang cikgu ajar sampai habis pmr . Is it clear ?
Pelajar : Clean and clear , cikgu ! #melawak je
Kalau sebab pmr ... it's okay actually . Aku sanggup buat apa pun untuk dapatkan 9A untuk PMR tahun ni . Aku tak kira . Aku mesti dapatkan 9A tu jugak #nekad
Takpa lah kalau aku kena balik petang .
Takpa lah kalau aku kena lewat tidur malam buat homework .
Takpa lah kalau aku kena bawa beg berat .
Takpa lah kalau cikgu nak buat kelas sampai hari Sabtu .
Takpa lah kalau mata aku merah datang sekolah .
Takpa lah kalau muka aku nampak penat .
Takpa lah kalau cikgu nak bagi sampai 200 soalan .
Takpa lah kalau aku habiskan duit simpanan aku beli modul pmr .
Takpa lah kalau aku kena tinggalkan blog kesayangan aku .
Takpa lah kalau aku terlepas coklat vanila dengan pelangi kasih aku .
Takpa lah ........................
Aku harap sangat apa yang aku korbankan selama ini berbaloi . Dan aku dapat capai apa yang aku nak selama ni . Moga-moga umi dan ayah aku berbangga dapat anak yang macam aku . Insya-Allah #tirumacamsaya ^^
Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam :)